You are here: Home Informasi Offset & Digital
Offset & Digital PDF Print E-mail

01. Offset
Proses litho-offset (lithografi) yang digunapakai oleh Rakan Niaga kami menggabungkan teknologi yang terkini dalam pasaran. Dalam proses ini imej cetakan yang diinginkan dipindahkan dengan kaedah komputer-ke-plat (CTP) dan kemudian dipindahkan (offset) dari plat ke kepingan getah, seterusnya ke permukaan bahan cetak. Proses lithografi ini berdasarkan pemisahan minyak dan air. Bahagian mej yang akan dicetak mendapat dakwat (warna) dari gelungan dakwat, sementara bahagian yang kosong tidak menerima dakwat.

Cetakan offset 4 warna (CMYK – cyan, magenta, yellow, black) yang diistilahkan sebagai percetakan litho-offset (konvensional), menghasilkan imej berkualiti tinggi di atas pelbagai jenis bahan kertas. Proses ini ekonomi untuk cetakan dalam kuantiti yang besar, sesuai untuk bahan-bahan sebaran massa. Kami bersedia mencetak dalam banyak pilihan saiz sehingga A2.

02. Digital
Percetakan Digital Offset memanfaatkan teknologi digital maju untuk menghasilkan cetakan bermutu tinggi. Usah terkeliru dengan teknologi penyalinan digital yang selalunya dikaitkan dengan mesin fotostat digital dan pencetak laser warna kerana Percetakan Digital Offset sebenarnya adalah proses cetakan dakwat atas kertas sepertimana Percetakan Litho Offset (yang menghasilkan majalah, buku teks, poster dan akhbar di pasaran). Hanya bezanya Percetakan Digital Offset tidak melalui beberapa peringkat mekanikal yang diperlukan dalam proses Percetakan Litho Offset. Ini termasuk pembuatan filem-filem pisah warna dan pembuatan plat. Sebab itulah Digital Offset ini lebih kos-efektif dan cukup wajar untuk menghasil cetakan dalam kuantiti kecil.

Anda boleh yakin dengan Cetakan Digital Offset kerana warnanya yang konsisten dan kos yang dalam lingkungan kemampuan untuk mendapatkan bahan-bahan cetakan dalam kuantiti yang kecil. Malah untuk memesan 1 keping cetakan berkualiti offset pun menasabah.

Offset Digital
  1. MURAH (KUANTITI BESAR)
  2. BAHAN CETAK EDARAN MASSA
  3. PELBAGAI KEMASAN, JILIDAN
  4. PELBAGAI SAIZ CETAKAN
  1. KUALITI WARNA KONSISTEN
  2. EKONOMI (KUANTITI KECIL)
  3. KURANG KEROSAKAN
  4. PILIHAN BANYAK BAHAN KERTAS

 

 

Geng KadMurah






Troli Anda!

VirtueMart
Your Cart is currently empty.

Like!

Joomla Templates and Joomla Extensions by ZooTemplate.Com

Rekaan Terkini!

RM0.25

RM0.34


Who's Online

We have 4 guests online

Iklaneka

DENGAN KERJASAMA

Malaysia Web Hosting