You are here: Home Soalan Lazim
Soalan Lazim Print

Bagaimana saya hendak membuat tempahan di KadMurah.com?
Anda boleh membuat tempahan dengan mendapatkan borang tempahan di: [SINI]

Apa yang diperlukan semasa membuat tempahan?
Borang tempahan yang lengkap diisi, lakaran pelan majlis dan deposit 50%.

Berapakah lama tempoh proses untuk sesuatu tempahan?
Setiap proses tempahan akan mengambil masa 3-4 minggu bergantung kepada kerjasama yang pihak anda berikan.

Berapakah lama tempoh proses artwork dibuat?
Setiap artwork akan mengambil masa 3-5 hari waktu bekerja (Isnin-Jumaat). Artwork yang telah siap akan diemailkan kepada anda untuk tujuan pengesahan.

Berapakah lama tempoh proses cetakan dijalankan?
Proses cetakan akan mengambil masa 10-14 hari waktu bekerja (Isnin-Jumaat). Pihak kami akan maklumkan kepada anda melalui email apabila kad anda telah siap dicetak.

Jika saya membuat cetakan 1000 kpg kad kahwin 3fold, 500 kpg warna merah dan 500 kpg warna biru. Adakah caj tambahan akan dikenakan kepada saya?
Ya, caj tambahan RM50 akan dikenakan kepada anda.

Jika saya membuat cetakan 1000 kpg kad kahwin 3fold, warna hadapan merah dan warna belakang biru. Adakah caj tambahan akan dikenakan kepada saya?
Ya, caj tambahan RM50 akan dikenakan kepada anda.

Jika saya ingin membuat tempahan bagi sampul bercetak, adakah caj tambahan?
Ya, caj tambahan RM50 untuk 300kpg-1000kpg dan RM 100 untuk 1001kpg – 2000kpg.

Dimanakah lokasi kedai KadMurah.com?
KadMurah.com hanya adalah perniagaan home-based business dan tidak mempunyai sebarang kedai. Lokasi kami ialah di Sg. Buloh, Selangor.

Bolehkah saya melihat sample bagi kad kahwin?
KadMurah.com baru saya menjalankan perniagaan, dan sample kami ialah berdasarkan tempahan dari tempahan. Buat masa ini pihak kami tiada sample untuk diberi pada pelanggan.

Bagaimana saya hendak menghubungi KadMurah.com?
Anda boleh hubungi Johan di 017-6409049 atau This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Adakah harga yang dipaparkan di laman web termasuk dengan kos cetakan?
Ya, setiap harga yang dipaparkan di laman web merupakan harga siap bagi kad iaitu termasuk kos artwork dan kos cetakan. Tiada caj tambahan.

Bolehkah saya membuat tempahan kurang dari 300kpg?
Tempahan minima untuk setiap tempahan ialah 300kpg

Bilakah masa sesuai untuk membuat tempahan?
Masa yang sesuai untuk membuat tempahan ialah 2-3 bulan dari tarikh majlis anda.

Adakah setiap kad disertakan sampul?
Ya, setiap kad akan disertakan sampul putih dan tambahan RM50 untuk sampul bercetak.

Adakah saya boleh membuat pembayaran menggunakan kad kredit atau cek?
Pihak kami hanya menerima bayaran tunai atau pindahan melalui bank.

Berapakah kos penghantaran jika saya menggunakan khidmat kurrier?
Kos penghantaran adalah bergantung kepada berat barang yang dihantar. Pihak kami Cuma boleh memberi anggaran bagi kos penghantaran. Anda boleh membuat bayaran mengikut harga anggaran. Sebarang lebihan bayaran dari kos penghantaran akan dipulangkan semula kepada anda melalui pindahan bank (bank-transfer).

Apakah pihak KadMurah.com membuka peluang kepada agen?
Buat masa ini kami belum lagi bersedia untuk menerima sebarang agen. Insyaallah di masa akan datang akan di war-war didalam website sekiranya kami telah bersedia.

Kad apakah yang sesuai untuk undangan 2 pihak (lelaki dan perempuan)?
Kad yang sesuai untuk 2 pihak ialah kad 3Fold. Kad Postcard, 2Fold dan Wide Series  sesuai untuk undangan 1 pihak (lelaki atau perempuan).

Bolehkah saya membuat tempahan dilokasi anda?
Buat masa ini pihak kami hanya membuka tempahan dilaman web kami sahaja.

Bolehkah saya datang ke lokasi anda untuk mengambil kad saya?
Boleh, anda boleh mengambil kad anda di lokasi kami. Sila buat temujanji dahulu dan pihak kami akan beri pelan ke lokasi kami.

Bolehkah saya menggunakan warna cetakan selain dari yang dipaparkan di KadMurah.com?
Warna cetakan adalah seperti yang dipapar pada setiap info kad.

Bolehkah rekaan kad kahwin di KadMurah.com boleh diubahsuai?
Boleh, anda boleh menambah sebarang gambar atau photo untuk dimuatkan pada kad kahwin anda. Tiada sebarang caj.

 

Geng KadMurah






Troli Anda!

VirtueMart
Your Cart is currently empty.

Like!

Joomla Templates and Joomla Extensions by ZooTemplate.Com

Rekaan Terkini!

RM0.25

RM0.34


Who's Online

We have 3 guests online

Iklaneka

DENGAN KERJASAMA

Malaysia Web Hosting